Penyelesaian Perundangan Strategik

Membela Hak Anda Dengan Integriti & Keputusan

Kami bukan sekadar peguam. Kami adalah penyusun strategi perundangan anda dalam litigasi yang kompleks dan kritikal.

Hubungi kami segera!
Slot konsultasi terhad!

15+

Tahun Pengalaman

500+

Kes Berjaya

RM50M+

Nilai Harta Dipelihara

24/7

Sokongan Kecemasan

Peguam Berbincang

TENTANG KAMI

Representasi Mahkamah Tanpa Kompromi

Di Tetuan The Chambers of Khadzar & Sharifah, kami memahami bahawa setiap kes membawa implikasi besar terhadap masa depan anda. Pendekatan kami berbeza daripada firma guaman biasa.

Kami menggabungkan pengetahuan undang-undang yang mendalam dengan strategi litigasi yang agresif namun beretika. Kami menyaring klien dengan teliti untuk memastikan fokus kami diberikan sepenuhnya kepada kes yang benar-benar memerlukan perhatian serius.

Lihat Proses Kami

Bidang Kepakaran

Spesialisasi Undang-Undang Untuk Masa Depan Anda

Litigasi Jenayah

Pembelaan strategik untuk pelbagai tuduhan jenayah. Kami memastikan hak anda dilindungi di setiap peringkat bermula dari tangkapan, siasatan, reman, jamin, dan perbicaraan. Berpengalaman mengendalikan kes berkaitan dadah, kes jenayah seksual, kes jenayah jalanan, kes rasuah, kes POCA, kes pecah amanah, kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan sebagainya.

Litigasi Syariah

Litigasi Syariah merujuk kepada proses penyelesaian pertikaian dan tuntutan undang-undang yang dikendalikan di Mahkamah Syariah. Ia meliputi bidang seperti perceraian, tuntutan nafkah, hadhanah (hak penjagaan anak), harta sepencarian, dan pembahagian pusaka.

Hartanah & Korporat

Drafkan perjanjian dengan ketelitian dan laksanakan due diligence untuk transaksi hartanah bernilai tinggi.

Perceraian Non-Muslim

Penyelesaian sensitif untuk isu perceraian, penjagaan anak, dan pembahagian harta sepencarian secara adil.

Litigasi Sivil

Perwakilan berkuasa dalam pertikaian kontrak, tort, dan sivil komersial di mahkamah tinggi dan rendah.

Pengurusan Harta Pusaka

Perancangan harta pusaka untuk mengelakkan pertikaian keluarga dan memastikan waris menerima hak mereka.

Proses Kerja Kami

Langkah Sistematik Menuju Keputusan

01

Saringan & Analisis

Kami menilai kes anda secara teliti untuk menentukan strategi terbaik dan kelulusan kemasukan klien.

02

Strategi Undang-Undang

Sesi perbincangan mendalam untuk membentuk pelan tindakan yang agresif dan berkesan.

03

Ekseskusi & Litigasi

Pelaksanaan strategi di mahkamah atau meja perundingan dengan komitmen sepenuhnya.

04

Keputusan & Selesai

Pencapaian objektif client dengan penyelesaian yang mampan dan melindungi kepentingan jangka panjang.

Mohon Sesi Konsultasi

Sila isi borang di bawah. Maklumat anda adalah sulit dan akan dihantar terus ke WhatsApp peguam kami untuk tindakan segera.

*Setiap permohonan consultation tertakluk kepada penelitian awal kes oleh firma. Kami berhak menolak kes jika tidak memenuhi kriteria kepakaran kami.

Apa Kata Client Kami

Keputusan Sebenar Berbanding Janji Manis

"Sangat profesional. En. Khadzar memberikan strategi yang jelas untuk kes syariah keluarga kami. Hasilnya melebihi jangkaan."

Tuan Ahmad R.
Kes Harta Pusaka

"Apabila reputasi anda terancam, anda perlukan peguam yang tegas. Puan Sharifah sangat berkaliber di mahkamah."

Encik Malik
Litigasi Perniagaan

"Respon pantas di WhatsApp. Mereka benar-benar fokus untuk menyelesaikan masalah undang-undang saya dengan cepat."

Puan Siti
Perceraian & Hak Penjagaan

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa kos untuk sesi konsultasi?
Kos konsultasi ditentukan berdasarkan kompleksiti kes. Walau bagaimanapun, borang ini membantu kami memberikan anggaran awal sebelum anda membuat sebarang komitmen kewangan.
Adakah maklumat saya sulit?
Semua maklumat yang dikongsi melalui borang ini dilindungi oleh privilege peguam-anakguam. Kami menjaga kerahsiaan anda dengan penuh integriti.
Saya sudah ada peguam, boleh tukar?
Ya, anda berhak menukar peguam. Kami boleh memberikan pandangan kedua (second opinion) atau mengambil alih kes jika perlu.
MEMPROSES PERMOHONAN...

Mengarahkan anda ke WhatsApp Peguam